Wednesday, 11 February 2015

‘silk’ ialah sutera

''silk' ialah sutera'

Sutera merupakan gentian protein semulajadi dan beberapa jenis daripadanya boleh ditenun menjadi tekstil.

Sutera dihasilkan oleh beberapa jenis serangga, tetapi secara umumnya hanya sutera dari ulat rama-rama sahaja digunakan untuk pembuatan tekstil.

Serat protein sutera terdiri terutamanya daripada fibroin dan dihasilkan oleh larva serangga tertentu untuk membentuk kepompong.

kilauan dari sutera yang timbul adalah kerana struktur prisma seperti segi tiga daripada serat sutera, yang membolehkan kain sutera untuk membiaskan cahaya masuk pada sudut yang berbeza, sekali gus menghasilkan warna yang berbeza.

Ini membuktikan sutera sebenarnya adalah suatu ciptaan ALLAH yang sangat hebat. faktor material yang cantik dan selesa dipakai menjadikan kain sutera adalah kain yang menjadi rebutan kepada kebanyakan kaum hawa di luar sana.

 

 

anda peminat batik tegar? KLIK sini. hehe

Share

LikeTweet

No comments:

Post a Comment