bersempena dengan hari ulang tahun keputeraan sultan johor pada 23hb nov 2013, baginda bertitah supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.
Berikutan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bermesyuarat pada 18 Disember 2013 telah bersetuju supayaPemakaian Baju Batik ditukar daripada hari Khamis kepada hari Ahad.
Arahan pemakaian batik pada setiap hari Ahad ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan pakai seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan jenis pakaian lain.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 dan Ketua-Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memanjangkan keputusan ini kepaad semua anggota di bawah seliaannya serta memastikan supaya arahan ini dipatuhi sewajarnya.
sumber:
http://www.johordt.gov.my/site/lanjutan/sukj_bahagian_pengurusan_pindaan_hari_pemakaian_batik_malaysia
mahu membeli batik? sila KLIK sini. terima kasih.


No comments:
Post a Comment