Wednesday, 11 February 2015

Sejarah Batik Malaysia

'Sejarah Batik Malaysia'

Berdasarkan sejarah melayu, batik telah disebut-sebut semenjak abad ke-17 lagi. Mengikut ceritanya, Laksamana Hang Nadim telah diarahkan oleh Sultan Melaka, Sultan Mahmud, belayar ke India untuk membeli 140 helai kain serasah (batik) dengan corak 40 jenis bunga yang digambarkan pada setiap helai kain serasah. Setelah sampai disana, beliau tidak dapat mencari mana-mana kain serasah yang memenuhi syarat yang diterangkan kepadanya. Oleh itu, beliau telah membuat sendiri kain serasah mengikut apa yang dihajati oleh Sultan Mahmud. Dalam perjalanan kembalinya beliau dari India, malapetaka melanda kapal yang dinaikinya. Kapal tenggelam dan dia hanya berjaya menyelamatkan empat (4) helai kain serasah sahaja untuk dihadapkan kepada sultan Melaka. Dan beliau mendapat kemurkaan dari Sultan Melaka kerana gagal membawa balik 140 helai kain serasah yang dihajati oleh sultan melaka.

Hari ini, batik Malaysia boleh didapati di pantai timur Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala batik di Johor jelas menunjukkan pengaruh Jawa dan Sumatera di dalam corak batik. pengaruh ini wujud kerana terdapat sebilangan besar pendatang Jawa dan Sumatera di selatan Malaysia itu.

Akhirnya, dengan permulaan empat (4) helai kain serasah yang terselamat itu lah yang membawa kepada perkembangan dan kemashuran industri batik malaysia seperti hari ini. berterima kasih kepada Laksamana Hang Nadim.

sekian.

 

 

mahu tampil bergaya dengan batik? klik sini

Share

LikeTweet

No comments:

Post a Comment