

Terdapat lima corak bunga ukir yang terdapat dalam reka corak tradisional, antaranya awan larat, awan silang atau kerawang, awan bentuk huruf, larik dan semetri.
AWAN LARAT
Awan larat berilham dari alam iaitu awan yang berarak apabila ditiup angin. Ada pula mengatakan bahawa nama ini diambil sempena nama seorang anak kecil bernama Awang yang menggaris tanah hingga melarat-larat menjadi bentuk yang cantik. Gambaran inilah yang diabadikan oleh pengukir dalam ukirannya. Kebiasaannya pengukir mencipta daun, buah dan bunga hasil ilhamnya sendiri. Awan larat ini corak yang paling dimuliakan dalam apresiasi seni ukir Melayu Klasik. Ukiran jenis ini tidak diletakkan di paras pusat. Awan larat terbahagi kepada dua jenis yakni Awan Larat Melayu dan Awan Larat Jawa.
AWAN LARAT MELAYU ASLI
Awan jenis ini juga dikenali sebagai Awan Larat Jawi. Bentuknya mempunyai bunga yang besar dan jarang. Coraknya bermula dari satu tempat dan melarat memenuhi ruang yang lain. Batangnya berlingkar dan bertembung dengan daunnya yang berlipat lunak.
AWAN LARAT JAWA
Bentuknya lebih kecil daripada awan larat Melayu Asli. Daun dan bunganya rapat-rapat. Terdapat banyak bunga dan daun saling bertindih. Bentuk daunnya lurus dan tidak berlipat.
SILANG /KERAWANG
Bunga ukir bentuk ini adalah dalm garis yang bengkang-bengkok. Garisan bersimpang-siur seumpama akar yang berlegar. Ukiran corak ini biasanya terdapat dalam bentuk papan tebuk tidak silat.
AWAN BENTUK HURUF LARIK ATAU SIMETRI
Jenis ukiran berbentuk huruf yang dimaksudkan ialah huruf-huruf dalam al- Quran. Ukiran ini biasanya banyak terdapat di masjid. Awan jenis Larik berbentuk gerlang-gerlang pada batang bulat. Keindahan jenis ini terletak pada gerlang yang berkala dan tersusun. Ukiran ini biasanya terdapat pada tongkat, tiang-tiang ulu senjata dan sebagainya. Kebanyakannya mempunyai dua jenis larik. Awan jenis simetri biasanya terdapat dalam bentuk geometri Islam, misalnya corak swastika. Awan jenis ini biasanya terdapat di masjid atau mimbar.
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
BERITA_wongANteng
SEO
[1][2][3][4][5]
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
BERITA_wongANteng
SEO
[1][2][3][4][5]
Free Template Blogger[3]
collection template[4]
Hot Deals[5]
BERITA_wongANteng[6]
SEO[7]
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder[1] (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.
Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air, perbezaan suhu, graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan. Ia mesti digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang lebih tinggi. Sebagai contoh idea yang anda boleh berikan kepada pelajar ialah wind chime”. Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia bergerak-gerak atau berputar perlahan-lahan
Free Template Blogger[2]
collection template[3]
Hot Deals[4]
BERITA_wongANteng[5]
SEO[6]